Friday, December 7, 2012 | 8:16 PM | 0 Atasinchi
hai. bertemu kembali (aceewahh) mood today?? so happy.. nak taw kenapa? sebab akhirnya aku dapat gak pakai inai. perghh ! lama gila aku tak pakai inai . lepaih habih sekola nih barulah ada masa nak pakai dan memang boleh pakai. time sekolah tak boleh pakai. dapat taw kat cikgu mau dia kerat jari aku.. wohooaa ! kejamnya ! (cikgu takla kejam sampai macam tu) over jah aku nih.. haihhh..
haa,inai nih aku suka pakai sebab aku rasa cantik jah jari aku. nampak macam baru lepaih kahwin.. hahaha(gelak jahat) kk,aku gatai! sekali sekala takpa laa azimah. hehe. lagipun,nak kahwin apanya,calon suami pun takdak.huhu.. takmau nak cari sapa suruh azimah.eh,bukan taknak cari tapi hati nih dah ada orang.sedih2 T^T
haihh azimah,ag kata nak lupakan perasaan nih. apala. be strong k. (ambik semangat)
haa, nak taw kebaikkan pakai inai?? mai aku nak bagitau..
Khasiat Daun Inai
- Daun inai mengandungi bahan pewarna glukosid dan asid henotanik. Asid henotanik pada daun inai menyebabkan kulit yang disapu inai akan berwarna merah. Ini disebabkan pewarna yang sememangnya terdapat dalam asid henotanik akan bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku dan rambut. Minyak daripada biji inai mengandungi behenik, arasidik, sterik, palmitik, asid oleik dan linoleik.
- Inai boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Caranya ialah dengan membersihkan daun terlebih dahulu, kemudian baru tumbuk daun tersebut sehingga hancur. Selepas itu sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit. Selain itu inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan sakit perut. Caranya adalah dengan meminum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang.
- Daun inai yang telah dijadikan serbuk pula dikatakan mampu untuk menyembuhkan luka luka semasa berkhatan, bisul, penyakit penyakit kulit dan sengal sengal tulang. Daun inai juga dikatakan boleh merawat kebotakan. Caranya ialah dengan merebus minyak biji sawi bersama daun inai. Kemudian sapukan ramuan ini di kepala.
- Bagi orang orang India, air daun inai baik sebagai bahan astringen yang boleh mengecutkan tisu tisu organik dan dengan ini dapat mengurangkan atau mengawasi pendarahan yang berlebihan. Mereka juga percaya berkumur dengan air daun inai boleh menolong menyembuhkan sakit tekak.
- Orang India juga menggunakan daun inai dengan menyapunya pada kulit untuk mengubati penyakit kulit, bisul dan melepuh. Mereka juga menggunakan daun daunnya untuk menyembuhkan sakit kepala dan rasa panas di kaki.
- Penyakit penyakit wanita seperti haid yang berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai. Jus yang terhasil daripada daun inai segar juga dikatakan boleh diminum kerana ia dikatakan mampu merawat Spermatorrhoea atau ejakulasi yang tidak dikawal.
- Bagi kulit pokok inai, ia dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis dan hati yang membengkak. Kulit pokok ini juga dikatakan mampu untuk merawat penyakit cirit birit. Bunga pokok inai pula dipercayai boleh merawat masalah sakit kepala yang disebabkan cuaca panas. Caranya ialah adalah dengan meletakkan bunga inai yang telah dicampurkan dengan cuka pada sekeliling kepada. Sementara itu, akar akar dan palpa digunakan untuk merawat bisul.
- Di samping penggunaan untuk tujuan perubatan, daun inai juga seperti yang kita ketahui digunakan untuk mewarnakan tapak tangan, kuku dan kaki. Bila dicampurkan dengan pewarna asli yang lain, pewarna inai juga boleh digunakan untuk mewarnakan rambut dan bahan tekstil.
rasa2 ampa nih kenai dak pokok inai macam mana? mesti tak kan. nih haa pokok inai..
okay,kalau nak pakai inai kena ar rajin perisi daun dia dengan tumbuk sehingga halus..tudiaaa ! aku nih macam buat iklan masakan lak bila kena tumbuk segala nih.. tumbuk tu pakai la lesung batu bukannya lesung pipit.. haha,aku buat lawak yang tersangatlah bodoh. -.- (eh2,aku ada lesung pipit belah kiri)kk,saja bagitaw. :)
now, done aku cita pasai nih. nak pi tengok tv lak.. bubye.. take care mySayang(dalam hati). huhu. (still tak dapat lupakan dy) hurmmm, k. assalammualaikum~